Fadhilat Dan Khasiat Al-Fatihah
السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Al-Fatihah adalah Pembuka
Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di
bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang
paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim
dan Baihaqi)
Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk,
fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. Rasulullah SAW
bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkandalam bacaannya.” Dan
“Fatihah itu pembukaan
maksud bagi
orang-orang mukmin.”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul
Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu
kepada Allah SWT.”
FADILAT DAN KHASIAT
Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan. Di antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:
.
1. Memperolehi Hikmah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam
keadaan berwuduk sebanyak 70
kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci
lalu diminum maka
ia akan memperolehi
ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari
fikiran rosak.
.
.
2. Hajat Tertunai
a. Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu)
kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara
Solat Sunat Subuh dan
Solat Fardhu Subuh selama 40
hari(tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah
SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.
.
b. Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara
Solat Sunat Subuh dan
Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka
jika ia inginkan pangkat terkabullah ia
dan kalau ia fakir maka akan kaya serta
jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya
dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta
kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
.
.
3. Keperluan Dipenuhi
a. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap
selesai solat fardhu lima
waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya,
baiki akhlaknya, mudahkan urusannya,
hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan
kemuliaan, jadikan ia berwibawa,
berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari
kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan
kebahagiaan dan sebagainya.
.
b. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai
solat Subuh maka
ia akan perolehi hajatnya dan
menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon
kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya,
supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan
akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
.
.
4. Mudahkan Rezeki
a. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di
waktu sahur (tengah
malam) sebanyak 41
kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa
kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu
dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya,
supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan
Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku
dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah
payah; Sesungguhnya Dikau berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon
kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya,
kabulkanlah apa yang kuhajati…..”
.
b. Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dansurah An-Nas 7 kali selepas
Solat Jumaat (sebelum
mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya,
terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki
yang tidak terhingga.
.
.
5. Keselamatan
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di
waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah
Al-Falaq dan surah An-Nas) 1
kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada
segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian,
kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.
.
.
.
PENYEMBUH
Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh
segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah)
adalah ubat bagi segala racun”
.
1. Mengubati Segala Penyakit
a. Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada
sebaldi air, kemudian air
itu disapukanmerata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka,
kepala dan seluruh
badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya
Allah penyakit yang dialami akan sembuh.
.
b. Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu
dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan
iradah Allah SWT. ia akan sembuh.
.
.
2. Penawar Bisa & Racun
Ambil segelas
air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali pada
air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan,
kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan.
Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.
.
.
3. Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah Al-Fatihah
dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci
dan dilarutkan dengan
air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah
akan hilang sifat pelupanya.
.
.
4. Mengubati Sakit Gigi
a. Mengubati sakit gigi dan lain-lain:
Bagi diri sendiri.
Letakkan jari pada
tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang
ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
b. Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai
membaca Al-Fatihah, maka
berdoalah 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan
dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan
tetap disisi-Mu”.
.
.
5. Penyembuh Penyakit Mata
a. Baca surah ini 41 kali selepas
solat Subuh kepada
orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan
sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al
Fatihah ini.
.
b. Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan
kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
·
Memandang bulan pada
awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal,
lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu
seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
·
Apabila telah
kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan
kanannya ke mata dengan
membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
·
Sesudah itu
bacakan doa berikut
sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap
penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
·
Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
·
Terakhir bacakan
juga doa di
bawah sebanyak 1 kali:
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang
menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Tidak ada komentar:
Posting Komentar